Thursday, August 19, 2010

sejarah awal

Adolf Hitler telah menjadi Pengerusi Parti Nazi pada 29 Julai 1921 dan terus memulakan program untuk menjadikan parti ini sebagai sebuah organisasi pemberontak yang radikal. Pada tahun yang sama, beliau telah menubuhkan "Storm Troopers" (atau dalam Jerman Sturmabteilung). Pasukan ini pada mulanya merupakan pasukan penjaga peribadi bagi Hitler, tetapi kemudiannya diperalatkan untuk mengembangkan pengaruh parti Nazi melalui intimidasi, ketakutan dan serangan ganas terhadap parti politik yang lain.

Pada awal penubuhannya, gerakan parti ini terbatas di Munich iaitu ibu negeri Bavaria. Pada 1923, parti ini diharamkan setelah ahlinya gagal dalam percubaan untuk menjatuhkan kerajaan Bavaria di dalam satu peristiwa yang dikenali sebagai "Beer Hall Putsch". Pemberontakan selama dua hari ini telah ditumpaskan oleh pihak berkuasa Munich dan beberapa ahli Nazi telah terbunuh. Hitler dan para penasihatnya telah disabitkan dengan kesalahan dan dipenjarakan atas tuduhan khianat. Parti Nazi kemudiannya berkubur selama dua tahun iaitu antara 1923 hingga 1925.Hitler telah dipenjarakan di penjara Landsberg di mana dia menggunakan masanya untuk menulis bukunya yang bertajuk Mein Kampf (yang bermaksud perjuanganku), yang menceritakan bagaimana beliau akan kembali semula ke arena politik selepas beliau dibebaskan dari penjara.

No comments:

Post a Comment